Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, pernyataan beliau adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi
Assalamualaikum
Hampir enam puluh tahun regim penindas Israel merampas bumi Palestin dan berjuta-juta warganya diusir dari rumah dan kediaman mereka. Mereka telah melakukan berbagai jenayah seperti membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak, merobohkan rumah-rumah serta menyekat jalan untuk mendapatkan keperluan harian.
Selama ini kuasa besar dunia Amerika telah menjadi ketua mereka dalam usaha mewujudkan noda barah masalah ini. Plan penindasan mereka telah terang walaupun tidak sampai matlamatnya. Akhirnya plan penindasan yang didukung oleh beberapa negara Arab yang kelihatan. Telah termaklumlah rancangan mereka antaranya ialah mengembalikan hak-hak penduduk asli Palestin ke kampung halaman kemudian hidup dalam keadaan tidak aman. Oleh itu Intifadhah dan Jihad adalah jalan menuntut keadilan mereka.
Dengan ini semua orang Islam mesti keluar menyahut seruan pengasas Republik Islam Iran, menapak ke medan solat Jumaat dan melaungkan slogan pembelaan terhadap golongan tertindas serta pembebasan al-Quds sambil memahami Rejim Zionis terlihat sangat lemah setelah peperangan 33 hari di Lubnan termasuk juga peperangan 22 hari di Gaza.
ان تنصروا الله ینصرکم و یثبت اقدامکم وفقکم الله تعالی
Husain Nuri Hamdani